• Sanggar
  • Seri Ruang
  • Sentuhan Peribadi
  • Alam Reka
  • Sudut Kerja
  • Warnai 2010


Latest Issue:

CABARAN URUS PROP UNTUK TMTAR

untitled-121

Pengalaman pertama terbabit dalam pengurusan set pentas Teater Muzikal Tun Abdul Razak (TMTAR) di Panggung Sari Istana Budaya mencabar tenaga dan menguja sekumpulan pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), termasuk saya. Selama dua minggu saya dan rakan-rakan tenaga kerja prop bertungkus-lumus membalut rangka set peralatan pentas yang bernilai RM15,000. Tugas menyempurnakan model binaan seperti bangunan Sultan Abdul Samad, kediaman rasmi Perdana Menteri Tun Abdul Razak, tiang Lincoln’s Inn, papan tanda kedai, gerbang taman dan latar negara China, benar-benar mencabar.

Usaha menyempurnakan binaan prop berukuran sehingga empat meter bukanlah mudah, apatah lagi setiap kerja harus kemas agar tidak mencacatkan pandangan. Tekstur permukaan tiang, dinding luaran dan dalaman prop dicorakkan di atas kepingan vinil bercorak mengikut keperluan latar seperti dinding bata dan kayu terlebih dahulu sebelum dibalut pada rangka prop. Kepingan vinil ini adalah bahan serupa yang kita guna untuk kain rentang iklan. Kayu dan papan lapis turut diguna untuk membentuk bahagian prop yang lain seperti lantai rumah, pelantar dan tangga. Rangka beberapa prop dibaringkan sebelum dibalut dan ditegakkan pada kedudukan sebenar.

Biarpun penat, tugasan itu memberi kepuasan dan keseronokan kepada mereka yang kali pertama melakukannya. Seramai 20 orang, yang kebanyakannya pelajar Aswara daripada pelbagai jurusan pengajian, terbabit dalam menyempurnakan binaan prop berkenaan. Mereka juga bertanggung jawab menyusun dan menggerakkan prop sewaktu pementasan dijalankan. Setiap unit prop dilengkapi roda supaya mudah untuk digerakkan apabila perlu. Dalam sesetengah babak, tenaga kerja muncul di celahcelah pelakon untuk menjalankan tugas menggerakkan prop. Latihan yang cukup sebelum pementasan menyebabkan kehadiran mereka tidak kelihatan mengganggu perjalanan lakonan.

| Jelita | Anjung Seri | Malaysian Business 1 / 2 | Madam Chair

Berita Publishing .Com© 2008 | All Rights Reserved