• Cover Story
  • Seri Ruang
  • Sanggar
  • Alam Reka
  • Hias Laman


Latest Issue:

Menata Ikut Acuan Sendiri

Barangkali ramai yang sudah lupa atau kurang mengenali Gary. Namun kepada peminat rancangan kuiz Lingo yang pernah disiarkan menerusi RTM2, pengacara ini bukan asing lagi. Malah ramai peminat yang masih ingat Gary walaupun hanya melalui suaranya. Gary yang masih kacak kini cergas sebagai usahawan, termasuk membekal barangan hiasan rumah. Tidak hairanlah apabila beliau mereka dan menata sendiri kediamannya yang baru didiami kira-kira sebulan lalu. Gary menampilkan ciri moden, lurus dan berkaca pada struktur luaran banglonya.

Bagaimanapun sebaik melangkah ke dalam persis rumah dalam filem Bollywood pula, yang bertangga lebar melengkung dan berkekisi besi tempawan manakala lantai dikemaskan dengan marmar Iran dan dinding gentian jota dikemaskan dengan cat Jotun kalis api."Saya tidak percaya kepada kertas dinding. Cantik tu cantik, tapi penggunaannya tidak sesuai dengan cuaca kita dan mutu ketahanan diragui. Sebab itu saya memutuskan untuk menggunakan cat dan Jotun menjadi pilihan... warnanya menepati kehendak saya. Saya juga pergi sendiri ke Iran untuk memilih marmar dan bahan binaan dinding. Memang jauh, tapi tidak apa asalkan hati puas dan saya dapat apa yang diingini," kata Gary. Kelengkapan rumah, yang kebanyakan dari American Accent, memaparkan gaya ringkas dan tidak sarat selari dengan penampilan ciri moden pada seni bina banglo. Pemilihan kelengkapan dibuat mengikut kegunaan ruang. Satu lagi daya tarikan banglo Gary ialah binaan pavilion berdinding kaca di tengah halaman, khusus untuk merai tetamu dan dilengkapi set sofa kuning.

| Jelita | iRemaja | Anjung Seri | Malaysian Business 1 / 2 | Madam Chair

Berita Publishing .Com© 2008 | All Rights Reserved