• Cover Story
  • Seri Ruang
  • Sanggar
  • Alam Reka
  • Hias Laman


Latest Issue:

Leka Mengurus Taman

Halaman yang diperindah dengan pintu pagar sisi berbumbung menarik perhatian orang lalu-lalang sehingga ada yang berhenti untuk mengambil gambar peribadi. Bahkan ada syarikat produksi penerbitan membuat penggambaran drama di hadapan rumahnya tanpa pengetahuan beliau.

Puziah Harun, 55, menghabiskan masa kira-kira dua jam setiap hari di taman. Kegiatan mencabut rumput, menggemburkan tanah, menyiram pokok dan membaja sudah menjadi kerja harian. Kolam ikan yang dibina di sisi dinding rumah juga sentiasa dijaga bersih daripada lumut dan daun. Perasaan jemu dan letih mengerjakan taman tidak wujud dalam kamus hidup beliau. Malah, setiap peluh yang menitis daripada kegiatan berkebun itu diibaratkannya sebagai pembakar semangat untuk terus ghairah membentuk taman yang berkeluasan terhad ini. “Kadang-kadang saya leka mengurus taman... asyik dengan pokok dan ikan sehingga terlupa waktu,” katanya.

Menurut Puziah, minatnya kepada tumbuh-tumbuhan wujud sejak beliau muda lagi, tetapi hanya diusahakan secara lebih cergas selepas berhenti kerja. Beliau sama sekali tidak menyangka bahawa taman yang dibentuk daripada idea sendiri dan rujukan beberapa bahan bacaan, termasuk Anjung Se, menarik perhatian hampir setiap tetamu.

Minat Puziah ini dikongsi bersama-sama suaminya, Jaffar Osman, 58 dan enam anak lelaki mereka yang sentiasa membantu apabila ada kelapangan kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya dan persekolahan. Bahkan mereka turut memberi idea untuk mempercantik lagi taman. “Betul, untuk menghasilkan taman menarik memang memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi. Ini boleh diatasi dengan membuat secara berperingkat-peringkat dan membeli ikut kemampuan semasa,” tegasnya.

| Jelita | iRemaja | Anjung Seri | Malaysian Business 1 / 2 | Madam Chair

Berita Publishing .Com© 2008 | All Rights Reserved