BERJIMAT DENGAN BOD DAN PARA-PARA

Tidak semua orang berpeluang membina kabinet besar untuk menyimpan barang, terutama di ruang dapur yang kecil dan sempit. Namun itu tidak bermakna kita harus membiarkan peralatan berselerak di merata tempat. Sebaliknya kita perlu berfikir secara kreatif untuk mencari ruang dan peluang mewujudkan suasana yang lebih kemas serta teratur. Di ruang dinding pun misalnya, boleh diguna untuk memasang tempat penyimpanan yang sesuai. Langkah ini bukan sahaja lebih mudah malah menjimatkan ruang. Periuk dan penutup periuk boleh digantung pada kepingan bod manakala pisau dan barangan lain diperbuat daripada keluli boleh dilekatkan pada besi nipis yang digantung pada bod itu. Pastikan bod dipasang tinggi supaya tidak mudah dicapai kanak-kanak bagi mengelak kejadian tidak diingini. Parapara kayu juga boleh dipasang di dinding untuk menyusun pinggan mangkuk dan gelas kering yang selalu diguna.
