Maizawati Bercerai Kerana Cinta
Ternyata bekas isteri kepada penyanyi dan penceramah bebas, Akhil Hayy, 41, tidak memerlukan masa yang lama untuk mendirikan rumahtangga buat kali ketiga. Malah menurut ibu jelita ini, jodohnya dengan Akhil juga berlangsung dalam tempoh yang singkat. Janda beranak dua itu dipinang sebaik sahaja habis edah dengan suami pertama. Bagaimanapun, selepas 13 tahun hidup bersama dan dikurnai tiga orang cahaya mata, Maiza sekali lagi terpaksa menongkah arus serta pasrah dengan perceraian yang penuh kontroversi. Namun kegagalan dan kepahitan yang dilalui tidak sekalikali melunturkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan. Paling penting, dia tidak mahu mengabaikan perasaan dan masa depan anakanaknya.
“Tiada seorang wanita yang inginkan penceraian dan hidup menjanda. Saya memutuskan untuk bercerai dengan bekas suami (Akhil) demi kebaikan semua orang, terutama untuk dia dan isterinya (Waheeda). Sebenarnya dia tinggalkan rumah selama dua tahun dan bukannya tiga bulan seperti yang digembar-gemburkan. Selama tempoh itu, hidup saya merana dan terabai. Keadaan saya ketika itu ibarat digantung tak bertali,”ujar Maizawati atau lebih mesra disapa Maiza, ketika melakukan sesi fotografi di studio Jelita baru-baru ini. Kini kemelut rumah tangganya selesai dan dia enggan lagi menoleh ke belakang. Matlamatnya cuma satu, ingin memastikan anak dalam jagaannya meneruskan kehidupan seperti sedia kala dan mendapat kasih sayang serta perhatian daripada ayah baru mereka. Justeru, bersyukur kerana dibukakan pintu hati untuk mengakhiri zaman solonya pertengahan Februari ini dengan mengahwini jejaka pilihan hati yang berusia 22 tahun dan berasal dari Likas, Sabah.
itu tidak menjadi halangan kepada mereka untuk hidup bersama. Malah, Maiza menilai jejaka pilihannya itu sebagai lelaki matang, bertanggungjawab dan tegas. “Kami berkenalan selepas saya bercerai dengan bekas suami, dia lelaki yang merendah diri, sentiasa menceriakan hati saya, ramah, tidak sombong dan bijak menyelesaikan masalah. Cara dia berfi kir dan membuat keputusan sangat matang berbanding usianya. Selain ada bakat menyanyi dan suaranya mirip Amy Search,” katanya mengenai lelaki yang bertugas sebagai chef di sebuah restoran makanan Jepun di Singapura itu. Ditanya lebih lanjut mengenai bagaimana cintanya dengan jejaka itu bertaut, Maiza dalam nada ceria memberitahu semuanya berlaku dalam masa yang pantas. Menurut ibu kepada enam orang anak ini, kesungguhan dan kematangan lelaki itu berjaya mencuri hatinya sekali gus merawat luka di hati. Malah selama perkenalan mereka, dia berasa lelaki ini amat memahaminya dan mereka mempunyai persamaan dalam beberapa perkara. Namun tegasnya, pada awal perkenalan, tidak terdetik sedikit pun dalam hati untuk mengakhiri persahabatan dengan perkahwinan. Tetapi dia akur dan sedar bahawa sukar untuk hidup bersendirian tanpa teman. Pada masa sama, anaknya perlukan seorang ayah sebagai pelengkap hidup mereka.








