Anita Mohd Deda Rahsia
Permulaan kerjayanya bermula atas dorongan orang tersayang, dan kini dia berjaya menjadi seorang peragawati yang menghiasi dunia fesyen dan kecantikan. Meniti kerjaya yang semakin menyinar tiada siapa sangka dia adalah seorang wanita yang sungguh menawan walaupun tanpa secalit mekap pada wajahnya. Anita Mohd, berasal dari Singapura ini sungguh menarik minat sesiapa sahaja yang memandang wajah dan perwatakkannya. Pada usia awal 40-an, pasti anda tidak menyangka bahawa Anita, 42, memiliki wajah muda belia seperti baru memasuki usia 20-an. Kini dia dipilih menjadi wajah baru pada produk kecantikkan, Safi Rania Gold. “Sebagai seorang peragawati yang sering berhadapan dengan kamera, saya ingin sentiasa nampak anggun dan cantik. Penggunaan produk antipenuaan daripada SAFI membuatkan wajah saya nampak muda berseri.”
Menurut Anita, semenjak menggunakan Safi Rania Gold yang mengandungi protein mutiara dan vitamin B3 bagi memulihkan kesegaran seri wajah, produk ini memperkuatkan struktur kulitnya. Anita turut mengaku kulitnya tidak sensitif, maka penggunaan produk kecantikkan wajah tidak menjadi masalah pada kulitnya. “Penggunaan produk Safi Rania Gold memberi perubahan pada wajah saya. Dalam masa tiga minggu sahaja. Saya merasakan kulit wajah saya jauh lebih muda dan cantik berseri.” Terutama apabila menggunakan Safi Rania Gold Serum. Serum ini berupaya untuk mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55% dengan membaiki keanjalan kulit. Selain produk kecantikkan Anita turut melakukan aktiviti dan petua sampingan itu beryoga. Yoga katanya membantu dia mengekalkan tahap kesihatannya.
Kini selain sibuk menjadi model untuk produk kecantikkan dan menguruskan anak, Anita juga sedang menjalankan sesi pembelajaran untuk menjadi guru yoga. “ Insyaallah pada masa hadapan saya akan memiliki studio yoga sendiri.” Kata Anita dia kini mahu menumpukan perhatiannya kepada keluarga dan kesihatan diri. “Saya harap saya mempunyai masa untuk suami dan anak-anak. Kerana itu saya pentingkan kesihatan diri kerana saya mahu selalu menjaga mereka.”








