Selesa dan Ceria
Memang itu jugalah suasana y ang diingini pemiliknya, Nusmawati Yunus ketika menentukan hiasan dalaman Brisik. Dia mah ukan suasana yang membuatkan p elanggan berasa bagaikan menikmati hidangan di kediaman mereka sendiri buka n di restoran. “Jadi anda dapat lihat, perhiasan ya ng ada seperti lampu, jam dan lu kisan adalah jenis yang sering menja di pilihan menghiasi ke diaman. Dua kusyen panjang merah diletakkan di baha gian luar untuk pelanggan bersantai sambil menikmati hidangan atau menungg u rakan tiba,” ujar Nusmawati. Mula dibuka pada 2007, restoran ini memang ‘comel’. Tidak terlalu besar atau kecil. Memand angkan tuan empunya berdarah Sunda, tidak hairanlah hiasan restoran ini menampilkan sentuhan Indonesia. Selain selesa, suasana dalam Brisik nampa k ceria dengan kerusi pelbagai rona seperti hijau dan merah. Kerusi bercorak kulit harimau yang melengkapi meja untuk dua orang, menarik perhatian saya.
Bagi yang meminat barangan unik tentu anda tertarik pada patung Prediator yang diperbuat daripada pelbagai bahagian terbuang motosikal. Patung ini diletakkan atas kaunter tempat bayaran dan penyediaan minuman. Menurut Nusmawati, patung itu dibelinya di Vietnam. Turut dipamerkan beberapa lukisan yang bukan sekadar hiasan tetapi turut dijual kepada pelanggan berminat. Jadi sambil makan anda juga boleh membeli lukisan untuk menyerlahkan kediaman anda.








