Buku Kuih-Muih Utara, tulisan Datuk Zakiah Hanum, yang diterbitkan semula kerana memenuhi permintaan ramai, mengetengahkan kuih-muih yang terkenal di utara Semenanjung. Kebanyakan resipi ini diwarisi turun-temurun dan kerap disediakan untuk sajian ahli keluarga penulis. Setiap resipi disertakan anekdot mengisahkan pengalaman Zakiah bersama keluarganya yang begitu menarik dan kerap kali mencuit hati.
Buku ini sesuai bagi mereka yang meminati bidang masakan, meskipun yang kurang mahir atau baru hendak belajar membuat kuih. Ramai pembeli berpuas hati kerana berjaya menghasilkan kuih-muih tradisional yang biasanya dianggap `sukar menjadi’, berpandukan resipi teliti dan lengkap dalam buku ini (asalnya diterbitkan pada 1992).
RAHSIA MEMBUAT KEK GULUNG LAPIS SARAWAK
Kekurangan buku mengenai teknik membuat kek gulung lapis Sarawak di Malaysia mendorong Nomie Aziz dan Berita Publishing menerbitkan buku ini sebagai rujukan kepada penggemar masakan dan mereka yang berminat mencuba bakat dalam bidang ini.
Melalui buku ini diterangkan secara teratur berpandukan gambar, langkah demi langkah proses lengkap menghasilkan kek gulung lapis Sarawak, bermula daripada mengenali peralatan, bahan, cara mengadun, membahagi, mewarna dan membakar adunan hinggalah teknik memotong, menyusun dan membentuk corak kek.
MASAKAN TRADISIONAL UTARA
Buku ini mengandungi 100 resipi masakan yang diwarisi dari pengarang penulis sejak turun-temurun. Pengarang cuba menghasilkan buku yang mungkin boleh dijadikan khazanah untuk generasi mendatang yang berminat mempelajari budaya masakan Kedah. Menariknya, setiap satu resipi pelbagai masakan ayam, daging, makanan laut dan sayur ini disertakan secebis kisah asal usulnya yang tersendiri di samping cerita lucu yang menjadi kenangan abadi pengarang. Buku ini sesuai untuk anda yang ingin mencuba masakan Utara sebagai hidangan harian. Semua resipi yang dihidangkan mudah dan ringkas cara penyediaannya.
Hikayat 1001 Malam Mawi & Ekin
Buku ini menghimpunkan gambar sekitar majlis perkahwinan Mawi & Ekin selain koleksi gambar Mawi, pencapaian beliau dalam bidang seni serta sidang akhbar pengumuman pernikahan mereka.
Anjung Seri Bonus 2009
Anjung Seri Bonus 2009 setebal 200 muka surat menampilkan rencana mengenai 11 buah rumah termasuk satu unit pangsapuri dan sebuah pusat peranginan yang direka oleh beberapa orang arkitek dan jurureka dalaman. Turut dimuatkan rencana temu bual dan perkongsian pengalaman dengan beberapa arkitek serta jurureka dalaman yang mereka bentuk kediaman berkenaan.
Malaysian Favourite Recipes
Malaysian Favourite Recipes presents a two-in-one concept incorporating two cookbooks by the same author, Zakiah Hanum Hamid, namely Family Delights of the North first published in 1993 and The Great Malaysian Breakfast published in 1995.
Zakiah, the first Director General of the National Archives of Malaysia, first started writing in the early 80’s after being encouraged by a journalist friend.
Zakiah has since written several more recipe books including Family Delights of the North is her third cookbook after Masakan Tradisional Utara (Northern Traditional Cuisine) in 1991 and Kuih-Muih Utara (Cakes of the North) in 1992.
Her cookbooks, which document popular food preparations from all over Malaysia, mostly from the northern states like Penang and Kedah, are presented in a simple but interesting way whereby each recipe is accompanied by an anecdote. These anecdotes reminisces her early life in Kedah and Penang and those of her own family in Kuala Lumpur besides giving interesting information about some of the local food.
She often says that she is not a “cook” but merely a compiler of recipes who enjoys food all the time. She believes Malaysia has many culinary experts who are always willing to share their knowledge with anyone interested. Malaysian cuisine is unique and very much enjoyed by visitors to this country as well as Malaysians of all races.
Komedi & Tragedi
Buku Komedi & Tragedi ini cuba menjejaki isu-isu dan perkembangan selepas Pilihan Raya Umum 2008 yang menyumbang ke arah memesatkan penghakisan kuasa dan pengaruh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan memetik rencana-rencana daripada blog “The Scribe A Kadir Jasin”.
Untuk mendapatkan gambaran yang terkini dan berterusan, penulis blog A Kadir Jasin menjemput pembaca buku yang belum melayari blog “The Scribe A Kadir Jasin” agar melawatinya di www.kadirjasin.blogspot.com atau www.akadirjasin.com.
Moga-moga apa yang terkandung dalam buku dan blog ini sedikit sebanyak membantu kita berbahas, berartikulasi dan seterusnya memahami pelbagai isu dan peristiwa yang mempengaruhi serta menjejas kehidupan harian kita.
Blog ini adalah adalah produk interaksi antara penulis dengan pembahas dan pembaca serta antara pembahas dengan pembahas. Justeru itu, penulis mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pengulas dan pembaca blog ini.
Kandungan buku ini juga adalah dalam dua bahasa – bahasa Melayu dan Inggeris. Rencana bahasa Melayu dan Inggeris bukan terjemahan. Ia adalah rencana asal yang berlainan. Justeru itu, bagi memudahkan pembacaan, buku ini mengandungi dua muka depan, tiap satu untuk kandungan bahasa Melayu dan Inggeris.
chedet.com: BLOG Merentasi Halangan
Tun Dr Mahathir Mohamad atau nama penanya Che Det, seorang penulis yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau merupakan penulis dan ahli politik yang hasil tulisannya paling banyak diterbitkan. Setakat ini beliau telah menghasilkan lebih 20 buah buku.
Dr Mahathir adalah seorang yang berwawasan. Lama sebelum teknologi maklumat dan komunikasi menjadi sebutan, beliau telah pun mula menyiasat dan merancang kegunaannya di Malaysia. Beliau menerajui revolusi ICT di Malaysia dan Multimedia Super Corridor sehingga berkembang dengan pesat media internet, terutama sekali portal media bebas dan blog sehingga hari ini.
Pada 1 Mei 2008 Dr Mahathir sendiri menjadi seorang blogger dengan bermulanya chedet.com yang bertumpu kepada menerbitkan pemikiran dan pendapat beliau. Dengan sekelip mata chedet.com mencapai kejayaan luar biasa. Posting yang pertama bertajut “The Appointment of Judges” menerima lebih 1,000 komentar dan maklum balas pembaca. Beliau merupakan blogger yang paling banyak menerima pembaca di dalam negara dan juga paling dicari pembaca di alam siber.
Oleh itu, buku ini mengandungi beberapa pilihan artikel yang penting daripada chedet.com. Ia membenarkan masyarakat umum yang bukannya pelayar blog Dr Mahathir, untuk berkongsi pemikirannya.
Bagi blogger Mahathir Mohamad, media baru ini nyata merupakan cara yang efektif dan produktif bagi beliau mengetengahkan pemikirannya secara cepat dan meluas. Diharapkan pembaca akan mendapat manfaat daripada buku ini dan akan lebih berminat untuk melayari laman siber Dr Mahathir di www.chedet.com.
Panduan Kesihatan
Buku Panduan Kesihatan ini adalah himpunan rencana mengenai kesihatan dari tahun 2005 hingga tahun 2007 yang pernah diterbitkan dalam majalah Jelita.
Tujuan utama buku ini diterbitkan adalah untuk memberi peluang kepada pembaca mendapatkan ilmu pengetahuan atau tip-tip penjagaan kesihatan yang diberikan oleh pakar-pakar berdasarkan kepada jenis penyakit. Antara penyakit yang sering didihapi ialah penyakit berkaitan dengan jantung, kanser, buah pinggang, osteoporosis, endometriosis, jangkitan HIV/AIDS, tekanan darah tinggi, gangguan seksual dan banyak lagi.
Semua jenis penyakit yang terdapat dalam buku ini dihuraikan dengan terperinci mengenai tanda-tanda penyakit, langkah-langkah pencegahan, amalan pemakanan, penjagaan kesihatan dan beberapa latihan senaman yang perlu diamalkan.
Diharapkan buku ini dapat memberikan dorongan kepada pembaca untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan yang baik demi keselesaan hidup, indah dan bahagia.
Pengakuan
Buku Pengakuan ini adalah himpunan cerita yang pernah disiarkan dalam majalah Jelita sejak tahun 2005. Tujuan buku ini diterbitkan adalah untuk memberi peluang kepada pembaca memahami permasalah dan pergolakan yang berlaku dalam kehidupan seharian agar menjadi contoh teladan.
Perlu diingatkan bahawa penggunaan nama bagi seseorang pelaku atau watak dalam buku ini adalah secara kebetulan bukan nama sebenar demi menjaga hati dan perasaan orang yang membuat pengakuan.
Namun, kisah-kisah yang dipapar dalam buku ini ada kemungkinan tidak lagi berlaku kepada mereka atas kesedaran dan keinsafan kesalahan yang telah mereka lakukan sebelum ini. Pembaca pula dapat mengambil iktibar daripada luahan hati mereka.
The Pink Book
Buku The Pink Book tulisan bekas pernonaliti TV3, Aziah Jasmin Azizul diterbitkan bertujuan untuk berkongsi ilmu mengenai pembentukan personaliti, penampilan positif dalam kerjaya dan pembangunan diri. Pembentukan imej bukan sahaja penting kepada golongan atasan dan selebriti tetapi penting bagi semua golongan sama ada pelajar mahupun suri rumah.
Buku ini mengetengahkan panduan asas pembentukan dan penampilan imej terbaik untuk seseorang individu. Buku ini diterbitkan dalam dwibahasa dan disertakan dengan gambar-gambar bagi memudahkan pembaca memahami sesuatu topik penampilan diri..
DALAMNYA LUKA CINTA
Dilema dalam percintaan yang dihadapi oleh Siti Sarah meninggalkan Zahid cinta pertamanya kerana tergoda dengan pujuk rayu Karim dan berkahwin dikurniakan dua orang anak. Rumah tangga mereka hancur, Karim menceraikan Sarah dan kahwin wanita lain.
Untuk menampung sara hidup, Siti Sarah terpaksa bekerja. Dalam pada itu berkenalan dengan seorang duda Rasidi namanya. Rasidi benar-benar menanam budi untuk meraih cinta Siti Sarah begitu juga Akhbar tetap bersungguh-sungguh untuk menjadikan Siti Sarah isteri keduanya. Pada masa yang sama Siti Sarah sentiasa berharap Zahid suatu masa nanti akan kembali kepadanya.
Sudah ditakdirkan, Siti Sarah terserempak Zahid di pekan. Zahid dapat tahu Siti Sarah sudah menjanda dan dia sendiri rupa-rupanya masih cintakan Siti Sarah.
Kesungguhan Zahid dan Rasidi untuk memiliki dirinya membuatkan Siti Sarah menjadi serba salah. Dia tidak sanggup untuk memilih salah seorang dari mereka.
Bagi Siti Sarah cinta tak mestinya di akhiri dengan perkahwinan. Cinta boleh disimpan dalam lipatan hati untuk menjadi kenangan abadi.
Bagaimana dengan akhir cerita ini, ikutilah pembacaan anda seterusnya.
LANSKAP MELAYU SEMASA
Buku Lanskap Melayu Semasa adalah himpunan rencana yang ditulis oleh seorang pengarang yang pakar dalam reka bentuk lanskap.
Buku ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Bahagian pertama bermula dengan kupasan tentang latar belakang dan unsur-unsur asas Lanskap Melayu dan seterusnya menjurus kepada beberapa penyesuaian yang dilakukan kepada Lanskap Melayu berdasarkan tuntutan semasa.
Bahagian kedua membincangkan tentang gaya hidup yang dikatakan memaksa banyak perkara mengikut keperluan semasa. Lanskap hari ini dilihat terpaksa mengalami perubahan demi perubahan untuk disesuaikan dengan keperluan hari ini. Oleh itu, beberapa contoh lanskap yang menarik di dalam buku ini boleh dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja yang meminatinya.
LANGKAH DEMI LANGKAH BERSAMA CHEF ANUAR 2
Menghasilkan 60 lagi resipi terbaru yang perlu dicuba oleh peminat yang suka memasak. Buku ini memaparkan juga langkah demi langkah cara membuat coklat dan kraf gula untuk hiasan, chocolate topping, krim coklat ganache, krim mentega, kek span coklat doh pastri dan doh pastri paf. Bagi yang masih keliru cara betul melipat kelongsong kertas, ditunjukkan juga kaedahnya. Kebanyakan resipi ini mudah disediakan dengan bahan-bahan yang sedang diperoleh daripada pasar raya dan kedai bahan kek. Selamat mencuba, yang pasti tidak mengecewakan.
THE MALAYSIAN STORIES: PATH TO SUCCESS
The Malaysian Stories: Paths to Success, is a collection of truly Malaysian success stories. They epitomize the hard work and perseverance that our men and women have typically displayed. They often overcame seemingly impenetrable barriers that normal mortals would have given up on.
These inspiring stories encompass a diverse range of personalities from a variety of industries, professions and businesses. But no matter what their calling is, the common traits binding them are hard work, discipline, and sometimes, a dose of good luck too.
We hope that from these tales of glorious triumph, you too will be inspired to greater success in you lives.
MANAGEMENT ASTRAY
Buku ini ditulis oleh Tan Sri Basir Ismail seorang tokoh yang terkenal dalam pentadbiran dan perniagaan. Beliau amat prihatin terhadap hak dan nasib orang Melayu. Pandangannya tajam sekali. Ini termasuk pemerhatian bekas Pengerusi Kumpulan Fima Berhad ini terhadap usaha sesetengah kaum yang mengambil kesempatan menggelar diri mereka Bumiputera; walhal hakikat sebenarnya mereka mengamal, bertutur dan berkumpul hanya dalam kelompok kaum mereka yang asal.
Siapakah mereka ini yang mengaku Melayu tetapi sebenarnya Melayu celup? Soalan ini terjawab bila anda membaca buku Management Astray – Resuscitating Ailing Organisations (Pengurusan Tersasar – Penyuburan Organisasi Kegawatan).
A KADIR JASIN - BLOGGER VOL 1
This book is a compilation of his postings and comments by participants of his weblog established back in February 2006. The reader will notice that the comments have been left in its raw unedited state which preserves its true flavour – the blogosphere being a medium that offers unbridled freedom, lending itself to the joys of unfettered expression. At the same time, its instant and current nature serves to show the level of urgency and spontaneity that are both its strength and its inherent failings. Be that as it may, your indulgence and forebearance as readers is sought, to consider these ‘errors’ in its intended context.
KOLEKSI RESIPI JELITA 2
Mengandungi 300 resipi terpilih yang disiarkan dalam majalah Jelita sejak tahun 2000 hingga 2003.
Selain kek, biskut, lauk-pauk dan pencuci mulut buku ini juga menampilkan resipi aneka nasi, mi dan laksa, pastri dan masakan barat yang pasti mengecur selera ahli keluarga dan tetamu yang berkunjung pada musim perayaan dan hari istimewa. Penyumbang resipi dalam buku ini adalah di kalangan mereka yang cukup dikenali dalam bidang masakan seperti Norzailina Nordin, Noraini Adnan, Florence Tan, Anita Selamat dan ramai lagi.
Semoga buku ini menambah lagi khazanah resipi anda yang berminat memasak, sama ada untuk kepuasan sendiri, keluarga atau mungkin juga sebagai ilham memulakan perniagaan dalam bidang masakan.
ANJUNG SERI BONUS 2008
Anjung Seri Bonus memaparkan kelainan dengan mengkusus kepada ilham penataan dan reka bentuk kediaman serta taman. Majalah setebal 200 muka surat ini penuh dengan gambar yang lebih puas untuk ditatap. Kandungannya memaparkan kediaman bekas pelakon, pereka fesyen, pengusaha perabot, pengasas produk kecantikan dan rumah contoh di samping kediaman seorang jutawan yang dulu menjalankan khidmat membaiki dan menyenggar alat penyaman udara.
PERKAHWINAN SITI NURHALIZA
Perkahwinan penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza Tarudin dan
pasangannya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa mencipta rekod tersendiri
dalam industri seni hiburan tanah air. Bermula dengan sidang akhbar
mengumumkan tarikh pertunangan dan perkahwinan mereka
hinggalah saat ijab kabul dilafazkan dan majlis keraian dilangsungkan,
segala-galanya mengenai pasangan ini menjadi perhatian umum.
Butiran dan skala majlis keraian perkahwinan mereka diperkatakan
umum, dalam perbualan di kedai kopi hinggalah di Dewan Undangan
Negeri.Di hati peminatnya, Siti Nurhaliza adalah insan istimewa.
Sewangi Kasih - Kompilasi Cerpen Jelita
"Reen, maaf atas penyepian yang cukup panjang. Masihkah aku di hatimu seperti engkau tahu yang engkau tetap di hatiku?" - sewangi Kasih
"Beberapa detik dia merenung Hasrul yang tersenyum, akhirnya dia berpaling. Berlari balik kepada Masri yang sudah berada di belakangnya. Masri suaminya. Masri
telah banyak berkorban untuknya." - Bunga-bunga Mimpi Semalam
Langkah Demi Langkah bersama Chef Anuar
Menghimpunkan 60 resipi terbaik Chef Mohd Anuar Draman yang disiarkan dalam majalah Jelita sejak 2004 dan beberapa resipi terbaru yang belum pernah disiarkan. Kebanyakan resipi ini enak menyelerakan namun ringkas dan mudah disediakan dengan bahan-bahan yang senang diperoleh daripada pasar raya dan kedai bahan kek. Khusus untuk buku ini semua resipi disemak semula, diperkemas dan diperbaiki demi kepuasan pembeli.
Rumah Selebriti
Menghimpun hiasan kediaman 19 personaliti tersohor negara kita yang pernah disiarkan dalam majalah Anjung Seri terbitan Berita Publishing Sdn Bhd. Mereka termasuklah artis, penggubah lagu, pengarah filem, tukang masak, juruhebah, pereka fesyen dan personaliti terkenal lain.
Tataplah Sarang Cinta Anita Sarawak bersama suaminya Mahathir, kediaman baru Zul Yahya yang cukup berseni, Salikin Sidek yang mengangkat budaya Melayu, Adnan Abu Hassan yang bertukang sendiri, kesederhanaan Fatimah Abu Bakar, daya cipta Raja Ahmad Alauddin dan selera mewah Raja Alawiah Raja Lop Idris. Sebagai bonus diselitkan juga rumah impian Mawi yang bercita rasa 'world'.
Mencari Dugalia Huso - A. Kadir Jasin
Manusia di Tanah Air "Tidak ada manusia di dunia yang bangsanya ditentukan oleh agama yang dianutinya melainkan orang Melayu Malaysia. Untuk menjadi Melayu seseorang itu wajiblah beragama Islam. Tiada orang Melayu di Malaysia yang tidak beragama Islam.
Tetapi di Asia Barat, tidak kurang daripada 14 juta orang Arab beragama Kristian. Di Indonesia banyak orang keturunan Melayu beragama Kristian, Hindu dan Buddha. Menurut akhbar The Detroit News, 75 peratus daripada orang Arab yang menetap di Amerika Syarikat adalah Kristian."
Sentuhan Arkitek
Menghimpunkan lebih 100 pilihan reka bentuk rumah berserta pelan lantai sebagai pilihan untuk membina atau mengubah suai kediaman mengikut keperluan masing-masing.
BUMICEO MALAYSIA 2005
Mlaysia's Top 200 Bumiputera Corporate Chiefs
An Invaluable Guide Around The Country's Corporate Corridors.