Lisa Surihani : Ikon Remaja Moden Berbakat

Sudah lama saya teringin bertemu dengan pelakon cantik ini. Selalu melihat dia melalui TV menghiasi iklan komersial dan pernah menonton
drama dan fi lem pertamanya I’am Not Single. Selepas membuat janji temu
Lisa Surihani, 23, datang ditemani ibunya pada hari ditetapkan. Dia
memang cantik, sama ada melalui kaca TV mahupun di luar. Tanpa secalit
solekan kecantikan aslinya terserlah. Raut wajahnya seperti gadis kacukan
tetapi sebenarnya tidak, cuma ibunya berdarah Bugis. Lisa memang bertuah.
Orangnya cantik dan bersopan - santun. Tutur katanya begitu berhatihati,
bijak dia menyusun kata. Apabila tersenyum, barisan giginya yang cantik
dan putih bersih terserlah.
Berijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) daripada University
of Aberystwyth, Wales, United Kingdom (UK), tidak salah kalau dikatakan Lisa mewakili wanita muda moden berbakat dan berwawasan.
Bermula sebagai model ketika berusia 14 tahun, Lisa kini dikenali
sebagai pelakon fi lem dan drama. Lakonan menerusi fi lem I’m Not Single
menambat hati juri sehingga dia dipilih sebagai Pelakon Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21, 2008. Lisa juga menjadi pilihan Astro sebagai Wajah Eksklusif Astro 2009 dan disenaraikan dalam Top 5 Anugerah
Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH08) bagi kategori Artis Baru
Wanita Popular.

