Jazon Mraz - Bintang Dari Kedai Kopi
album pertamanya
berjaya, dijual
hampir sejuta
unit hanya
melalui promosi dari mulut ke
mulut yang dilakukan kelab
peminatnya.
Sebagai penulis lirik, Jason
Mraz menghasilkan seni kata
bermutu di samping alunan
muzik yang boleh diterima ramai.
Dia bermula dengan membuat
persembahan di kedai kopi tetapi
kini dia mampu mengadakan
konsert sendiri.
Ketika kecil, Jason Mraz
dipengaruhi lagu berentak pop
melalui ayahnya iaitu lagu era
1950-an dan 1960-an. Apabila
besar, Jason meminati irama
rancak seperti hip hop dan
muzik dance.Jason Mraz bersekolah gred enam hingga lapan di Chickahominy Middle School. Kemudian menyambung gred sembilan hingga 12 di Lee Davis High School. Ketika di sekolah inilah Jason Mraz mengenali penyanyi dan penulis lagu bernama Dave Mathews. Perkenalan itu menyebabkan Jason mula menyedari bahawa dia juga berkebolehan dalam bidang sama. Dia mula menulis lagu yang mempunyai ceritanya Jason Mraz dilahirkan pada 23 Jun 1977 di Mechanicsville, Virginia Amerika Syarikat. Bapanya, Tom Mraz manakala ibunya Jane Mraz. Jason Mraz penyanyi dan penulis lagu bersuara tenor yang mengasyikkan. BINTANG DARI KEDAI KOPI pgs96-97.indd 96 8/12/08 9:16:11 PM i REMAJA SEPTEMBER 2008 97 dan menyanyikannya.
“Melalui Mathews saya mula mendengar lagu berentak jaz. Saya juga suka menulis lirik lagu. Saya suka perkataan yang kemudian disambung menjadi ayat bercita rasa tinggi, bagaikan permainan dalaman. Ketika menulis lirik lagu, saya membayangkan sebuah cerita dan mempunyai mesej. Ketika berusia 13 tahun, Jason mula menyertai gig profesional. Lebih hebat lagi dia mula menyanyi untuk kumpulan muzik Dressed To Kill. Ahli kumpulan itu semuanya berusia awal 20-an. Suara keanak-anakan Jason Mraz ketika itu diperlukan untuk menyanyi nada tinggi. Tamat sekolah tinggi, Jason berhijrah ke New York untuk belajar teater muzikal di American Musical and Dramatic Academy. Namun segalanya berubah apabila Jason tertarik mempelajari cara bermain gitar di Central Park.

