Kebaikan letak kenderaan mengundur
Sekiranya anda meletak kenderaan di tempat awam, lebih baik mengamalkan cara mengundur atau reverse parking dengan bahagian hadapan kereta menghadap jalan.Antara kebaikannya:
1 - Memandangkan kejadian jenayah semakin meningkat cara ini lebih selamat. Anda lebih mudah keluar dari tempat letak kereta sekiranya keselamatan anda diancam.
2 - Kenderaan yang diletak menghadap laluan memudahkan orang awam melihat sekiranya kereta anda diceroboh. Misalannya ada sesiapa memecah kunci stereng, menghidupkan enjin kenderaan secara litar pintas atau apa sahaja kegiatan mencurigakan.
3 - Meletak kenderaan secara mengundur memastikan bonet kereta berada rapat pada dinding. Ini menyukarkan penjenayah membuka bonet dan memecah masuk kenderaan anda.
4 - Menurut kajian, mengundur dari tempat letak kereta ketika enjin sejuk menggunakan 20-25 kali lebih banyak minyak. Memandu ke hadapan lebih menjimatkan minyak kerana gear lebih rendah ketika mengundur berbanding gear satu.
5 - Mengundur ke tempat letak kereta lebih selamat daripada mengundur ke laluan kenderaan. Apabila memandu keluar ke hadapan anda dapat melihat kenderaan yang lalu-lalang.

