Sesal Ikut Kawan
Mohd Zuhir Hakim (bukan
nama sebenar), 20,
berasal dari Kuantan, Pahang.
Tahun ini, sudah tiga kali dia
menyambut Syawal di penjara.
Sayu hatinya tidak terkata.
Jeriji besi menjadi pemisah
dirinya dengan dunia luar.
Walaupun perit dia terpaksa
harungi 11 tahun hukuman
penjara kerana kesalahan
yang dilakukan. Zuhir dijatuhi
hukuman bersabit kesalahan
samun berkumpulan. Bukan
kehendaknya menjadi
sebahagian rancangan jahat
rakan-rakan tetapi kerana
terpengaruh, akhirnya dia
tertangkap.2006 menjadi detik hitam dalam hidup Zuhir. Pelawaan rakan untuk membawanya bekerja di Kuala Lumpur selepas tamat sekolah cukup menggembirakan Zuhir. Pada usia semuda itu, apa lagi ingin dilakukan jika tidak menjelajah bumi Tuhan yang luas ini.
“Tamat sahaja sekolah, beberapa rakan mempelawa saya bekerja di Kuala Lumpur. Mereka lebih dewasa daripada saya jadi pada pendapat saya mungkin mereka boleh menjaga saya kerana keluarga tinggal di kampung. Kalau diikutkan, saya agak memilih dengan siapa saya berkawan. Mungkin saya salah percaturan,” katanya.
Hafiz Berpuasa Hampir 14 Jam
Menyambut Ramadan di perantauan pasti meninggalkan kenangan manis dan pengalaman
berbeza bagi sesiapa sahaja yang pernah melalui saat itu. Hafiz Ngah, antara remaja
yang pernah mengalaminya. Berpuasa di tempat orang banyak mengajar Hafiz erti hidup
berdikari. Segalanya perlu dilakukan sendiri bersama rakan-rakan seperjuangan. Hafiz kini
melanjutkan pengajian dalam bidang Perhubungan Awam peringkat sarjana muda di Leeds
Metropolitan University, United Kingdom. Berusia 26, Hafiz Ngah tidak lokek berkongsi
pengalaman berjauhan daripada keluarga pada Ramadan. Ikuti pengalaman manis dan
pahit menyambut Ramadan di negara barat melalui temubual i-Remaja bersama Hafiz.Pada saya agak membosankan. Mula-mula saya sampai di United Kingdom (UK) dahulu kebetulan Ramadan, jadi terus timba pengalaman berpuasa di luar negara. Mulanya susah untuk saya sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Bosan apabila di sini tidak ada pasar Ramadan seperti di Malaysia. Tiada apa yang istimewanya. Jauh berbeza dengan tempat kita di Malaysia. Untuk melepaskan rindu, kami masak beramairamai dan makan bersama. Walaupun tidak sedap, disebabkan ada rakan-rakan jadi berseleralah juga.
Susah nak cari makanan istimewa di sini, kerana semuanya makanan barat. Murtabak, ayam golek, jangan haraplah. Itu semua dalam mimpi sahaja. Selalunya juadah biasa berbuka, kalau malas hendak memasak, kami beli sahaja. Fish and chips, kebab, donat dan makanan Itali seperti pasta, itulah hidangan istimewa kami di sini.
Apabila jemu masakan barat, kami masak beramai-ramai. Lagipun masak sendiri lebih jimat berbanding beli, kerana di sini kos sara hidup tinggi. Memasak lebih jimat. Masak makanan ringkas sahaja, nasi goreng dan apa sahaja masakan yang kami tahu. Selalunya memasak kami serah kepada pelajar perempuan. Kami pelajar lelaki hanya menolong dan memeriahkan suasana.
Di sini tidak semeriah berpuasa di Malaysia. Kalau di Malaysia, kita ada moreh dan berbuka beramai-ramai di masjid. Di sini jarang sekali perkara seumpama itu berlaku. Kita kena faham penganut Islam tidak seramai di Malaysia. Waktu berbuka pun selalunya kami dapatkan daripada Internet dan masjid di sini. Senario berbuka di dalam kelas sudah biasa bagi kami. Kalau ada kelas, kami bawa bekal di dalam beg, seperti pisang, roti dan air. Apabila tiba waktu berbuka itulah yang menjadi hidangan kami, sampailah kelas tamat barulah pulang ke rumah dan makan apa yang ada. Ada juga Kedutaan Malaysia di sini menganjurkan majlis berbuka puasa. Inilah masa paling istimewa bagi kami, kerana selalunya masakan ala Malaysia dihidangkan. Hilanglah sedikit rindu pada keluarga di Malaysia. Selain itu kami ada juga menerima jemputan berbuka daripada orang Malaysia yang sudah berkeluarga atau menetap di sini untuk berbuka di rumah mereka. Kalau ada kelapangan kami akan pergi beramairamai. Itu sahajalah yang menjadi kegembiraan kami di sini.

