Mohd Zuhir Hakim (bukan
nama sebenar), 20,
berasal dari Kuantan, Pahang.
Tahun ini, sudah tiga kali dia
menyambut Syawal di penjara.
Sayu hatinya tidak terkata.
Jeriji besi menjadi pemisah
dirinya dengan dunia luar.
Walaupun perit dia terpaksa
harungi 11 tahun hukuman
penjara kerana kesalahan
yang dilakukan. Zuhir dijatuhi
hukuman bersabit kesalahan
samun berkumpulan. Bukan
kehendaknya menjadi
sebahagian rancangan jahat
rakan-rakan tetapi kerana
terpengaruh, akhirnya dia
tertangkap.
2006 menjadi detik hitam
dalam hidup Zuhir. Pelawaan
rakan untuk membawanya
bekerja di Kuala Lumpur
selepas tamat sekolah cukup
menggembirakan Zuhir. Pada
usia semuda itu, apa lagi ingin
dilakukan jika tidak menjelajah
bumi Tuhan yang luas ini.
“Tamat sahaja sekolah,
beberapa rakan mempelawa
saya bekerja di Kuala Lumpur.
Mereka lebih dewasa daripada
saya jadi pada pendapat
saya mungkin mereka
boleh menjaga saya kerana
keluarga tinggal di kampung.
Kalau diikutkan, saya agak
memilih dengan siapa saya
berkawan. Mungkin saya salah
tempat awam, lebih baik mengamalkan
cara mengundur atau reverse parking
dengan bahagian hadapan kereta
menghadap jalan.
Antara kebaikannya:
1 - Memandangkan kejadian jenayah semakin
meningkat cara ini lebih selamat. Anda
lebih mudah keluar dari tempat letak kereta
sekiranya keselamatan anda diancam.
2 - Kenderaan yang diletak menghadap
laluan memudahkan orang awam melihat
sekiranya kereta anda diceroboh. Misalannya
ada sesiapa memecah kunci stereng,
menghidupkan enjin kenderaan secara litar
pintas atau apa sahaja kegiatan mencurigakan.
3 - Meletak kenderaan secara mengundur
memastikan bonet kereta berada rapat
pada dinding. Ini menyukarkan penjenayah
membuka bonet dan memecah masuk
kenderaan anda.
4 - Menurut kajian, mengundur dari
tempat letak kereta ketika enjin sejuk
menggunakan 20-25 kali lebih banyak minyak.
Memandu ke hadapan lebih menjimatkan
minyak kerana gear lebih rendah ketika
mengundur berbanding gear satu.
5 - Mengundur ke tempat letak kereta lebih
selamat daripada mengundur ke laluan
kenderaan. Apabila memandu keluar ke
hadapan anda dapat melihat kenderaan yang
saya beraya sebagai artis.
Banyak bezanya dengan raya
sebelum ini. Mungkin raya tahun
ini, saya perlu sediakan kuihmuih
lebih banyak di rumah untuk
peminat yang datang bertandang
dan kena sediakan duit raya,"
kata Nabil.
Katanya raya tahun ini paling
istimewa kerana dia sambut
dengan kerjaya baru dan
bersama peminat.
Bercerita mengenai raya, kata
Nabil dia hanya menempah
sepasang baju melayu dan
lainnya ditaja Butik Den Wahab.
Dia juga bangga kerana tahun
ini kali petama dia menyediakan
kelengkapan raya untuk
keluarganya.
“Seperti tahun sebelumnya
juga, saya menyambut raya di
Seremban bersama keluarga.
Walaupun kampung tidaklah jauh
sangat, rasa teruja nak pulang
ke kampung beraya tetap ada.
Mungkin malam raya baru saya
bertolak ke Seremban selepas
menjayakan program raya. Saya
banyak menyertai program
daripada Astro hinggalah ke RTM
1. Semuanya saya sapu bersih,”
kata Nabil sambil tergelak.
Sebagai menghargai sokongan
peminat, dia bercadang
mengadakan rumah terbuka di
Seremban. Ini tanda terima kasih
kepada peminat yang banyak
menyokongnya daripada program
Raja Lawak hinggalah kini
bergelar artis.
“Saya paling suka makan
kuih London Almond. Sama ada
yang ibu buat sendiri ataupun
ditempah, semuanya saya makan.
Saya bukanlah cerewet sangat
fasal makanan. Kalau peminat
hendak beri saya kuih raya,
berilah London Almond. Mungkin
raya kali ini saya akan beli London
Almond lebih banyak,” katanya
berseleoroh.
Untuk meraikan Syawal ini,
Nabil bercuti daripada kegiatan
seni seminggu. Katanya dia mahu
berehat dan meluangkan masa
Noorsyarmila Jirin atau Mila kerana dia mudah bekerjasama. Untuk kelainan
dan sesuai konsep Syawal, I-Remaja mengadakan penggambaran di Bora
Asmara yang terletak di Sungai Penchala, Selangor. Mila datang berseorangan
memandu kereta Vios yang dimenanginya.Wajah polos tanpa solekan Mila
seperti kanak-kanak berusia 12 tahun. Manakan tidak dia hanya berketinggian
148 cm, dengan berat 37 kg. Dek kerana kecomelannya memang susah mahu
mencari pakaian sesuai tambah pula untuk edisi Syawal, justeru I-Remaja
memintanya membawa dua pasang pakaian sendiri.
Menurut Mila ini tahun kedua dia beraya sebagai artis. Ternyata Mila sangat
teruja dapat berhari raya di kampung Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Menariknya
sepanjang 20 tahun ini pertama kali Mila pulang ke kampung bersama keluarga.
Bercerita persiapan raya menurut Mila dia sudah menempah 17 pasang baju
kurung dan kebaya yang dipakai untuk program hari raya dan penggambaran
majalah. Dua pasang untuk hari raya pertama dan kedua.
“Saya senang menyediakan pakaian sendiri. Setakat ini, sudah 17 baju
kurung dan kebaya saya sediakan untuk kegunaan ketika menghadiri
rakaman program hari raya dan majlis berbuka puasa. Saya perlu ambil
inisiatif sendiri untuk mudahkan kerja. Saya tidak boleh terlalu bergantung
pada pakaian ditaja saja. Ini kerana, ada kalanya saiz diperoleh sangat
besar. Kalau hanya menjayakan rakaman program, mungkin boleh
disepit atau dipin dengan jarum, tetapi bagi majlis berbuka, orang
mesti nampak. Bagaimanapun, untuk Aidilfitri nanti saya sudah
siapkan dua pasang. Tetapi, tengoklah pada keadaan, kalau
perlu mungkin kena beli lagi,” katanya yang bercuti empat hari di
kampung.
Menurut Mila dia tidak membuat persiapan tergesa-gesa, justeru
selepas cuti tahun baru dia membawa keluarga ke Nilai dan
membeli baju di sana. Semua baju untuk mak, ayah dan adik-adik