Anjung Seri Bonus memaparkan kelainan dengan mengkusus kepada ilham penataan dan reka bentuk kediaman serta taman. Majalah setebal 200 muka surat ini penuh dengan gambar yang lebih puas untuk ditatap. Kandungannya memaparkan kediaman bekas pelakon, pereka fesyen, pengusaha perabot, pengasas produk kecantikan dan rumah contoh di samping kediaman seorang jutawan yang dulu menjalankan khidmat membaiki dan menyenggar alat penyaman udara.
DALAMNYA LUKA CINTA
Dilema dalam percintaan yang dihadapi oleh Siti Sarah meninggalkan Zahid cinta pertamanya kerana tergoda dengan pujuk rayu Karim dan berkahwin dikurniakan dua orang anak. Rumah tangga mereka hancur, Karim menceraikan Sarah dan kahwin wanita lain.
Untuk menampung sara hidup, Siti Sarah terpaksa bekerja. Dalam pada itu berkenalan dengan seorang duda Rasidi namanya. Rasidi benar-benar menanam budi untuk meraih cinta Siti Sarah begitu juga Akhbar tetap bersungguh-sungguh untuk menjadikan Siti Sarah isteri keduanya. Pada masa yang sama Siti Sarah sentiasa berharap Zahid suatu masa nanti akan kembali kepadanya.
Sudah ditakdirkan, Siti Sarah terserempak Zahid di pekan. Zahid dapat tahu Siti Sarah sudah menjanda dan dia sendiri rupa-rupanya masih cintakan Siti Sarah.
Kesungguhan Zahid dan Rasidi untuk memiliki dirinya membuatkan Siti Sarah menjadi serba salah. Dia tidak sanggup untuk memilih salah seorang dari mereka.
Bagi Siti Sarah cinta tak mestinya di akhiri dengan perkahwinan. Cinta boleh disimpan dalam lipatan hati untuk menjadi kenangan abadi.
Bagaimana dengan akhir cerita ini, ikutilah pembacaan anda seterusnya.
LANSKAP MELAYU SEMASA
Buku Lanskap Melayu Semasa adalah himpunan rencana yang ditulis oleh seorang pengarang yang pakar dalam reka bentuk lanskap.
Buku ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Bahagian pertama bermula dengan kupasan tentang latar belakang dan unsur-unsur asas Lanskap Melayu dan seterusnya menjurus kepada beberapa penyesuaian yang dilakukan kepada Lanskap Melayu berdasarkan tuntutan semasa.
Bahagian kedua membincangkan tentang gaya hidup yang dikatakan memaksa banyak perkara mengikut keperluan semasa. Lanskap hari ini dilihat terpaksa mengalami perubahan demi perubahan untuk disesuaikan dengan keperluan hari ini. Oleh itu, beberapa contoh lanskap yang menarik di dalam buku ini boleh dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja yang meminatinya.
LANGKAH DEMI LANGKAH BERSAMA CHEF ANUAR 2
Menghasilkan 60 lagi resipi terbaru yang perlu dicuba oleh peminat yang suka memasak. Buku ini memaparkan juga langkah demi langkah cara membuat coklat dan kraf gula untuk hiasan, chocolate topping, krim coklat ganache, krim mentega, kek span coklat doh pastri dan doh pastri paf. Bagi yang masih keliru cara betul melipat kelongsong kertas, ditunjukkan juga kaedahnya. Kebanyakan resipi ini mudah disediakan dengan bahan-bahan yang sedang diperoleh daripada pasar raya dan kedai bahan kek. Selamat mencuba, yang pasti tidak mengecewakan.
THE MALAYSIAN STORIES: PATH TO SUCCESS
The Malaysian Stories: Paths to Success, is a collection of truly Malaysian success stories. They epitomize the hard work and perseverance that our men and women have typically displayed. They often overcame seemingly impenetrable barriers that normal mortals would have given up on.
These inspiring stories encompass a diverse range of personalities from a variety of industries, professions and businesses. But no matter what their calling is, the common traits binding them are hard work, discipline, and sometimes, a dose of good luck too.
We hope that from these tales of glorious triumph, you too will be inspired to greater success in you lives.
MANAGEMENT ASTRAY
Buku ini ditulis oleh Tan Sri Basir Ismail seorang tokoh yang terkenal dalam pentadbiran dan perniagaan. Beliau amat prihatin terhadap hak dan nasib orang Melayu. Pandangannya tajam sekali. Ini termasuk pemerhatian bekas Pengerusi Kumpulan Fima Berhad ini terhadap usaha sesetengah kaum yang mengambil kesempatan menggelar diri mereka Bumiputera; walhal hakikat sebenarnya mereka mengamal, bertutur dan berkumpul hanya dalam kelompok kaum mereka yang asal.
Siapakah mereka ini yang mengaku Melayu tetapi sebenarnya Melayu celup? Soalan ini terjawab bila anda membaca buku Management Astray – Resuscitating Ailing Organisations (Pengurusan Tersasar – Penyuburan Organisasi Kegawatan).
A KADIR JASIN - BLOGGER VOL 1
This book is a bompilation of his postings and comments by participants of his weblog established back in February 2006. The reader will notice that the comments have been left in its raw unedited state which preserves its true flavour – the blogosphere being a medium that offers unbridled freedom, lending itself to the joys of unfettered expression. At the same time, its instant and current nature serves to show the level of urgency and spontaneity that are both its strength and its inherent failings. Be that as it may, your indulgence and forebearance as readers is sough, to consider these ‘errors’ in its intended context.
KOLEKSI RESIPI JELITA 2
Mengandungi 300 resipi terpilih yang disiarkan dalam majalah Jelita sejak tahun 2000 hingga 2003.
Selain kek, biskut, lauk-pauk dan pencuci mulut buku ini juga menampilkan resipi aneka nasi, mi dan laksa, pastri dan masakan barat yang pasti mengecur selera ahli keluarga dan tetamu yang berkunjung pada musim perayaan dan hari istimewa. Penyumbang resipi dalam buku ini adalah di kalangan mereka yang cukup dikenali dalam bidang masakan seperti Norzailina Nordin, Noraini Adnan, Florence Tan, Anita Selamat dan ramai lagi.
Semoga buku ini menambah lagi khazanah resipi anda yang berminat memasak, sama ada untuk kepuasan sendiri, keluarga atau mungkin juga sebagai ilham memulakan perniagaan dalam bidang masakan.
Photo Gallery
Advertisement
ADVERTISEMENT ENQUIRY CALL:
Sally
012-9077475 sallywong.2007@gmail.com.my
FOR EVENT & PROMOTION,CALL:
Zuraini
016 6292549 zuraini@beritapub.com.my
Suriani
017 6309436 su@beritapub.com.my
FOR PUBLICATION,CALL:
Mohd Desa Omar
012 3273031 juragan@beritapub.com.my